KUALA LUMPUR, 27 MAY 2021 – Pemain PUBG Mobile Malaysia berpeluang untuk sertai liga kejohanan yang dibawakan khas oleh komuniti eGG Network buat kali pertama. Telur Mata Cup secara rasmi disokong oleh PUBG Mobile Malaysia dan menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM30,000, sementara itu pasukan yang menjuarai Telur Mata Cup akan layak ke peringkat kumpulan PUBG Mobile Malaysia National Championship 2021 secara automatik.

Telur Mata Cup merupakan kejohanan peringkat amatur yang terbuka untuk semua warganegara Malaysia, kecuali pemain atau pasukan PUBG Mobile yang aktif dalam kejohanan profesional di Malaysia ataupun di peringkat antarabangsa. Pendaftaran adalah percuma dan akan dibuka pada 28 Mei 2021 di laman Facebook eGG Network www.facebook.com/eGGNetwork.

 

Pusingan Kelayakan akan berlangsung pada 12 – 13 dan 19 – 20 Jun. Perlawanan terpilih dari Peringkat Kumpulan (24 – 26 Jun) dan kesemua perlawanan di Peringkat Akhir (3 – 4 Julai) akan disiarkan secara langsung di halaman Facebook dan saluran YouTube eGG Network. Telur Mata Cup disokong oleh ERA, Stesen Radio no. 1 di Malaysia, dan Agri Mind, penaja acara esports di Malaysia.

 

Daftar sekarang dan nantikan hanya di eGG Network untuk maklumat lanjut mengenai Telur mata Cup Facebook | Instagram | Website

Sponsored Ad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here